1.4 Meja Bantuan Aras 1 (Menerima aduan dan mengenalpasti awal kerosakan). Help Desk : 03-88843752 / 03-88843752. Laporkan sebarang masalah kerosakan rangkaian LAN atau WAN di Makmal Komputer atau Pusat Akses Sekolah kepada pihak PKG berhampiran sebagai Meja Bantuan Aras 1.
1.5 Sebagai pegawai urusan bagi aktiviti penyelenggaraan termasuk mencatat log, memantau kerja yang dilakukan oleh pembekal, membuat tindakan susulan kepada pihak berkaitan.
2. Membantu menyediakan keperluan alatan ICT untuk guru dan membantu mereka sewaktu menggunakannya dalam pengajaran dan pembelajaran.
3. Menyediakan keperluan perolehan ICT untuk pengurusan sekolah.
4. Mengurus isu-isu keselamatan peralatan ICT dan sistem maklumat diperingkat sekolah serta mematuhi kawalan dan prosuder keselamatan dan berkesan selaras dasar-dasar keselamatan yang telah ditetapkan oleh KPM/JPN/PPD/Sekolah serta MAMPU.
5. Membantu pihak pengurusan sekolah dalam penyediaan peralatan ICT untuk aktiviti pengemaskinian data dan maklumat untuk aplikasi EMIS, HRMIS, SMM, SDM, Sistem Buku Teks dan sebagainya.
6. Melaksanakan tugas-tugas lain berkaitan pengurusan peralatan ICT yang diarahkan dari semasa ke semasa
7. Sebarang kemusykilan hubungi melalui emel berikut : Emel Help Desk (helpdesk@btmk.moe.gov.my)
Disediakan oleh,
Bahagian Teknologi Maklumat dan Komunikasi