Selamat Datang Ke Blog Pembelajaran Sifoolan

Sumber pembelajaran pendidikan maya

Tutorial ICT

Penguasaan ICT dalam kalangan guru.

Matematik Ting 1

Pakar Matematik.

Perniagaan SPM

Bekalan pekerjaan pada masa depan.

Sukan Untuk Semua

Kebitaraan Petanque.

[ Tahniah SEKUGA! Johan Petanque ANGKASA Kebangsaan 2019 kategori sekolah perempuan. Anda hebat ]

Khamis, November 12, 2020

Pangkalan Data PDPC Sifoolan Net

 Berita baik untuk semua guru dan murid !

Sepanjang cuti PKPB saya Sifoolan telah bangunkan sistem pangkalan data untuk PdPR bagi kemudahan semua.

Data boleh di akses di BLOG SIFOOLAN DOT NET.


Semoga memberi manfaat.

Jumaat, September 25, 2020

Belajar matematik dengan mudah bersama Cikgu Debbie melalui TikTok

Khamis, September 24, 2020

Lawatan Exco YB Tn. Hj Razman bin Zakaria ke SEKUGA

 YB Tn. Hj Razman bin Zakaria selaku Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Pembangunan Modal Insan NGO dan Masyarakat Sivil telah membuat lawatan ke SMK Kubu Gajah pada 24 September 2020 (Khamis). Beliau telah menyampaikan sumbangan sebanyak RM5K kepada pihak sekolah bagi melaksanakan program kecemerlangan sekolah bagi tahun 2020. 

Yb  juga telah membuat lawatan taman ternakan lebah kelulut, ternakan puyuh dan melihat projek Arena Petanque SEKUGA.

Mencuba lontaran bola Petanque

Bergambar bersama sebahagian guru SMK Kubu Gajah



 

  

Khamis, September 10, 2020

Modul Pembelajaran #LEARNING@HOME Perniagaan SPM

 


Modul Pembelajaran #LEARNING@HOME Perniagaan SPM yang dibangunkan oleh panel guru-guru perniagaan negeri Perak ini amat berguna untuk rujukan calon-calon Perniagaan SPM. 

Terima kasih kepada guru panel berkenaan.

Isnin, September 07, 2020

Soalan Percubaan 1.2 Bentuk Pemilikan Perniagaan

Soalan 1

 




SKEMA

Skema 1


Soalan 1.1 Tujuan Perniagaan

 Soalan Percubaan 

1.1 Tujuan Perniagaan (Terengganu)

Soalan 1


SKEMA

Isnin, Ogos 24, 2020

1.2 PERANAN PENGURUSAN SUMBER MANUSIA DALAM SESEBUAH PERNIAGAAN.

 

1. Keperluan pekerja, merekrut pekerja, kontrak pekerjaan dan deskripsi tugas 

  • Menggunakan teknik merekrut dan proses pemilihan yang bolen menarik calon berkelayakan menyertaisesebuah perniagaan.
  • Menghuraikan bidang tugas dengan jelas supaya pekerja menjalankan tugas dengan cekap.
2. Membangunkan pasukan untuk mencapai sasaran 
  •  Mewujudkan semangat berpasukan
  • Setiap pekerja berusaha untuk mencapai KPI pasukan sebagai petunjuk prestasi dalam pekerjaan 

3. Prestasi pasukan 
  • Prestasi pasukan akan mempengaruhi kuantiti dan kualiti pengeluaran
  •  Meningkatkan prestasi dan motivasi pasukan melalui latihan dan kursus.

4. Latihan peningkatan kemahiran
  • Program latihan dan pembangunan diberi secara berterusan
  • Program latihan dan pembangunan yang dijalankan dapat meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang khusus
5. Membentuk persekitaran kerja yang positif dan harmoni
  • Persekitaran kerja yang selesa dapat meningkatkan produktiviti, motivasi dan kepuasan bekerja
  •  Persekitaran kerja yang harmoni dapat memberi ruang menjana idea yang baru
6. Pemantaan budaya profesional
  • Amalan kerja yang beretika ,berintegriti dan mementingkan kecemerlangan dapat wujudkan budaya profesional
  •  Budaya profesional dapat menjamin perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan

7. Menggalakkan kreativiti dan inovasi 
  • Menggalakkan pembangunan bakat pekerja bagi menambahkan kepakaran
  • Pekerja yang kreatif dan inovatif diberi ganjaran dan penghargaan sebagai motivasi kerja mereka
8. Pemberian insentif yang munasabah 
  • Fungsi ganjaran kepada pekerja adalah untuk meningkatkan pencapaian prestasi, motivasi dan kesetiaan pekerja
  • Ganjaran yang sesuai dapat mewujudkan persekitaran yang harmoni
9. Pemberhentian pekerja
  • Perniagaan perlu ada sistem pemberhentian yang sistematik supaya tiada pembaziran sumber manusia
  •  Pekerja yang menamatkan perkhidmatan atau diberhentikan perlu diberikan ganjaran atau pampasan yang setimpal sebagai tanda penghargaan atas sumbangan khidmat mereka