Isnin, Mei 11, 2020

Tiga Penyata Kewangan Perniagaan

Penyata ini akan menerangan perjalanan operasi perniagaan
  • PENDAPATAN atau HASIL yang dijana dari jualan produk/service atau perlaburan dalam bentuk tunai atau secara berhutang. Ini dikaitkan dengan transaksi duit masuk
  • KOS (BELANJA) adalah perbelanjaan yang dilakukan dalam perniagaan dalam masa satu tempoh yang dibahagi kepada
  • Kos produk/service untuk dijual – berkait secara langsung dengan jualan. Ada jualan mesti ada belanja barang dijual
  • Kos operasi – kos yang dibelanjakan untuk mengurus perjalanan operasi perniagaan seperti kos pentadbiran perniagaan, gaji, bil api air, sewa pejabat dan lain-lain. Kos ini tetap akan ada tidak kira ada jualan atau tidak.



Penyata ini akan menerangkan berapa NILAI perniagaan dalam bentuk :ASET (HARTA)
ASET SEMASA – aset yang mudah cari seperti tunai dibank, penghutang (jualan kredit – barang dah jual duit belum dapat)
ASET TETAP – aset kekal seperti rumah, bangunan, kereta, tanah , saham dan nilainya adalah tinggi.
LIABILITI (TANGGUNGAN)
Tanggungan yang perlu dijelaskan kepada orang lain
  • Bayaran hutang kepada barang yang kita beli secara kredit
  • Bayaran pinjam balik ke bank

EKUITI
  • Modal – duit yang dilaburkan untuk mulakan perniagaan
  • Untung/rugi terkumpul dari perniagaan.

Aliran tunai adalah semua transaksi duit masuk dan keluar dalam perniagaan, tidak kira transaksi bank atau tunai dari sumber aktiviti operasi, pelaburan atau pinjaman.
Sumber Duit masuk adalah dari
Operasi perniagaan
  • Jualan tunai
  • Kutipan hutang dari penghutang

Operasi pelaburan/Pinjaman
  • Modal tunai
  • Duit pinjaman dari bank

Sumber duit keluar adalah dari
  • Duit yang dibayar untuk membeli barang siap
  • Duit yang dibayar untuk bayar gaji pekerja
  • Duit untuk bayar pinjaman bank
  • Duit yang dibayar untuk beli aset
  • Duit untuk bayar kos pemasaran