Header Ads

Header ADS

1.3 Bentuk-bentuk Perniagaan Lain ting 4

1.3 : BENTUK-BENTUK LAIN PERNIAGAAN 

Francais dan Usaha Sama


Maksud:

Perjanjian urus niaga antara francaisor dan francaisi


Maksud FRANCAISOR : 

Syarikat induk yang memiliki hak asal atas jenama


Maksud FRANCAISI :

 Syarikat yang membeli hak kebenaran untuk gunakan jenama daripada francaisor


Kebaikan francais :

  1. Dapat mengembangkan perniagaan.
  2. Risiko kegagalan perniagaan rendah.
  3. Produk akan terkenal.
  4. Tidak perlu banyak pengalaman dalam perniagaan.


Keburukan francais :

  1. Terikat kepada kontrak perniagaan.
  2. Perlu mengawal kuantiti barang kerana boleh menjejaskan nama baik francaisor.
  3. Tiada inovasi dan inisiatif sendiri untuk memajukan perniagaan. 


USAHA SAMA


Maksud: 

Perkongsian strategi antara 2 @ lebih syarikat bekerjasama dalam jangka masa tertentu


Kebaikan: 

  1. Perkongsian kepakaran
  2.   Meningkatkan dana kewangan dan tenaga kerja
  3. Risiko dalam perniagaan dapat dikongsi bersama


Keburukan: 

  1. Visi dan misi yang berbeza menyebabkan konflik  
  2. Perbezaan budaya dan cara mengurus membawa masalah kepada pengurusan hadapan.


Dikuasakan oleh Blogger.